English
Info Syarikat
Aktiviti
Carta Organisasi
Penglibatan iKED
Berita-berita iKED
Klien
 
Teknologi Digital Jawi & Arab
Perisian Aplikasi Kejuruteraan
Perisian Kepintaran Buatan
Sistem Pengurusan Maklumat
Sistem Mekatronik
Multimedia & Pendidikan
Persembahan Multimedia
Web Portal & Aplikasi Web
Sistem Rangkaian Komputer
 
e-FAMSS
e-PAUBB
Jawi Pro Ofis Ver 5.0
Jawi Pro Tutor 2.0
English Pro Skrabel 2.0
Jawi Pro Skrabel 1.0
Arabic Word Master Pro 2.0
Al-Azkar 1.0
Insan Kamil (Zuriat Soleh)
Didik II
Lain-lain Produk
 
Cyberjaya




AB05 MSC Center Incubator
63000 Cyberjaya,
Selangor
Tel : 603-83138000
Fax : 603-831838017
Shah Alam





27A- Jln Tengku Ampuan
Zabedah B9/B, Seksyen 9,
40100 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 603-55101808
Fax : 603-55121808
Kota Bharu




Lot 1731, Tingkat 1, Seksyen 24,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15150 Kota Bharu.
Tel : 609-7419188
Fax : 609-7419189
  E-Mel :
iked_systems@yahoo.com
 
Buku Pelawat
 
 

Tulis Buku Pelawat
Baca Buku Pelawat

 
 
Pelawat :
 
 
Sep 2010
 

eXTReMe Tracker
= :: www.iked.com.my :: =
 
 
 

INFO SYARIKAT

iKED : Information & Knowledge is Electronically Disseminated

Motto "Kecemerlangan melalui gandingan strategik..."

Visi
1. Ke arah merealisasikan generasi Al-Quran yang berilmu, berinovasi, berketerampilan, berakhlak tinggi dan berpandangan jauh
2. Merealisasikan budaya maklumat & teknokrat seabgai satu pendekatan, penghebahan ilmu dan pusat kecemerlangan perisian & multimedia.


Misi
Integrasi di antara ahli kejuruteraan perisian & multimedia dan pakar kandungan sebagai satu pendekatan unik ke arah pencapaian visi tersebut.


Pengenalan
iKED Systems Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dimiliki 100% oleh bumiputera. Operasi syarikat ini telah bermula pada Januari 1994, namun ia tidak aktif sepenuhnya. Walaubagaimanapun syarikat ini kembali aktif setelah penstrukturan semula pada bulan Jun 1999 dengan pertukaran ahli lembaga pengarah syarikat, dan menjadikan Teknologi Komunikasi Maklumat sebagai teras utama aktiviti syarikat. Syarikat ini adalah dalam proses perpindahan ke kawasan yang telah diwartakan sebagai Koridor raya Multimedia kerana memenuhi keperluan sebuah syarikat yang bertaraf Koridor Raya Multimedia (MSC). Syarikat ini telah diketuai oleh usahawan bumiputera dan tenaga profesional, dan mempunyai tenaga kerja seramai 15 orang yang terdiri daripada jurutera perisian dan graduan multimedia.

Pada November 2001, iKED Systems Sdn Bhd menerima anugerah sebagai syarikat yang berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) oleh Multimedia Development Corporation (MDC) yang melayakkan syarikat ini insentif, hak dan keistimewaan bagi meningkatkan kekuatan dan keupayaan syarikat. Syarikat ini bersedia menjalinkan usahasama dengan mana mana pihak sebagai rakan kongsi yang kukuh untuk saling mendapat manfaat yang mana sejajar dengan motto syarikat 'Kecemerlangan Melalui Gandingan Strategik'.

Syarikat ini menawarkan perkhidmatan dalam pembangunan, pengurusan dan penyelenggaraan perisian seperti pembangunan multimedia, sistem dan pengaturcaraan, kejuruteraan mechatronic, teknologi internet dan gerbang web, latihan komputer dan jaringan (LAN & WAN).

Kami juga mahir dalam jaringan infrastruktur yang kritikal menggunakan sistem terbuka dan perisian percuma. Staf-staf syarikat ini mempunyai kredibiliti dengan asas pengetahuan yang dalam mengenai jaringan dan latar belakang berkaitan Unix dan Lunix.

Di samping itu, kami juga mempunyai kepakaran dalam program MIS. Kami telah membangunkan Sistem Pengurusan Kewangan & Perakaunan Sekolah Berelektronik (e-FAMSS). Sistem adalah untuk membantu pihak pengurusan sekolah dan guru di dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah. Sistem ini meliputi 5 modul utama dalam pengurusan dan perakaunan sekolah iaitu Kutipan Yuran Pelajar, Buku Tunai, Pembelian & Pembayaran, Daftar Bil dan Stok. Kami juga membangun Sistem Pengurusan Sekolah (SMS Pro Versi 2.0). Sistem ini telah direka untuk memudahkan staf dan guru dalam menyimpan dan mengemaskini termasuk dalam menganalisis maklumat berkaitan dengan persekolahan. Kami telah membangunkan Sistem "E-Manufacturing" dan "E-Jentera" kepada Syarikat Industri Kecil (SMIs).

Iked Systems pernah dianugerahkan geran di bawah skim Geran Aplikasi Penunjukcara (DAGS) pada Ogos 2000 oleh Urusetia Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) bagi projek E-pondok iaitu sebuah projek komuniti bagi mempertingkatkan kesedaran dan literasi Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) di kalangan masyarakat pondok di Kelantan dan juga untuk mempertingkatkan jaringan melalui Teknologi Jaringan Rangkaian Luas (WAN). Selain daripada itu iKED Systems telah dilantik sebagai kontraktor untuk pembangunan, perekaan semula dan penyelenggaraan laman web Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank website http://www.isdb.org) , yang bertempat di Saudi Arabia untuk tempoh masa setahun bermula pada Oktober 2000.

Antara projek lain yang telah dijalankan oleh iKED Systems Sdn Bhd ialah aplikasi pembangunan internet bagi 'Zaakah Online' untuk Mukmin.com (http://www.mukmin.com) pada tahun 1999.

Antara perisian berteraskan Islam yang telah dibangunkan oleh Iked Systems Sdn Bhd ialah 'Sunnah 1, Panduan Solat dan Zuriat Soleh. Projek CD Didik 2 juga adalah antara perisian yang telah dibangunkan oleh syarikat, iaitu CD multimedia UPSR, projek usahasama antara syarikat Mimos dan Berita Harian. Tidak ketinggalan satu lagi projek untuk USM Kubang Kerian iaitu projek mekatronik sistem pemerolehan data 'treadmill facility'.

Mimos berhad juga telah melantik iKED Systems Sdn Bhd sebagai ejen utama litar suwa jaring di Kelantan dan Terengganu.

Selain itu iKED Systems juga telah banyak menjalinkan banyak usahasama, antaranya dengan badan kerajaan, MIMOS, Dewan Bahasa dan Pustaka, Penjawim, JAKIM, dan Pusat Bahasa UiTM.

 
   
 
 

= :: www.iked.com.my :: =
   
update 7/01/2009
© 2001-2009 iKED SYSTEMS SDN. BHD ® All Rights Reserved
  Design by webmaster