English
Info Syarikat
Aktiviti
Carta Organisasi
Penglibatan iKED
Berita-berita iKED
Klien
 
Teknologi Digital Jawi & Arab
Perisian Aplikasi Kejuruteraan
Perisian Kepintaran Buatan
Sistem Pengurusan Maklumat
Sistem Mekatronik
Multimedia & Pendidikan
Persembahan Multimedia
Web Portal & Aplikasi Web
Sistem Rangkaian Komputer
 
e-FAMSS
e-PAUBB
Jawi Pro Ofis Ver 5.0
Jawi Pro Tutor 2.0
English Pro Skrabel 2.0
Jawi Pro Skrabel 1.0
Arabic Word Master Pro 2.0
Al-Azkar 1.0
Insan Kamil (Zuriat Soleh)
Didik II
Lain-lain Produk
 
Cyberjaya




AB05 MSC Center Incubator
63000 Cyberjaya,
Selangor
Tel : 603-83138000
Fax : 603-831838017
Shah Alam





27A- Jln Tengku Ampuan
Zabedah B9/B, Seksyen 9,
40100 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 603-55101808
Fax : 603-55121808
Kota Bharu




Lot 1731, Tingkat 1, Seksyen 24,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15150 Kota Bharu.
Tel : 609-7419188
Fax : 609-7419189
  E-Mel :
iked_systems@yahoo.com
 
Buku Pelawat
 
 

Tulis Buku Pelawat
Baca Buku Pelawat

 
 
Pelawat :
 
 
Sep 2010
 

eXTReMe Tracker
= :: www.iked.com.my :: =
 
 

Insan Kamil Versi Zuriat Soleh
( Ke arah pembentukan generasi taqwa )


Harga RM30
(Sabah & Sarawak - RM35)

Kos penghantaran : Semenanjung RM10, Sabah /Sarawak RM15

Tempahan :
Ofis : 09-7419188/89

TEMPAHAN ONLINE / BORANG TEMPAHAN



Pengenalan :

CD INSAN KAMIL versi ZURIAT SOLEH merupakan satu garis panduan dan bimbingan kepada setiap individu Muslim yang telah dan bakal mendirikan rumah tangga serta berhasrat untuk mendapat anak-anak yang soleh dan solehah.

Cd ini dihasilkan dari gabungan ulamak dan Jurutera perisian dari negeri kelantan ini mengandungi 7 bab utama iaitu Perkahwinan dalam Islam, Adab & doa ketika berjimak, Amalan & doa Semasa Hamil, Adab & Akhlak Suami Isteri, Panduan Menamakan Anak dan Koleksi nama-nama pilihan.

Kandungan :
Perkahwinan Dalam Islam
Perkahwinan Dalam Islam adalah meliputi pengertian nikah, syarat nikah, rukun nikah, wali dan saksi serta syarat-syaratnya, hikmat berkahwin, tanggungjawab Isteri terhadap suami dan tanggungjawab suami terhadap isteri.

Adab & Doa Ketika Berjimak
Adab & Doa Ketika Berjimak mengandungi penerangan ringkas mengenai adab sebelum, semasa dan selepas jimak serta waktu-waktu jimak yang sesuai. Ia juga mengandungi hadis dan doa sebagai panduan dan amalan ketika berjimak.

Adab & Doa Semasa Hamil
Adab & Doa Semasa Hamil pula berkaitan dengan ibu-ibu yang sedang hamil seperti berdoa agar disejahterakan anak di dalam kandungan, beribadat kepada Allah SWT dan membaca Al-Quran. seperti surah Al-Fatihah, Surah Yasin, Surah Yusuf, Surah Maryam dan Surah Luqman dengan bacaan berkaraoke. Selain itu, terdapat juga doa-doa seperti doa memohon rahmat, doa agar dipelihara anak dalam kandungan, doa agar dikurniakan anak lelaki dan doa selepas bersalin.

Adab & Akhlak Suami Isteri
Adab dan Akhlak Suami Isteri adalah mengenai akhlak dan tanggungjawab suami terhadap isterinya yang sedang hamil dan Isteri yang sedang hamil terhadap suaminya. Selain dalil-dalil Rasulullah S.A.W, di sertakan juga firman-firman Allah bagi menyokong keterangan yang diberikan dan panduan kepada setiap muslim yang bakal dan telah berkahwin.

Panduan Menyambut Kelahiran
Panduan Menyambut Kelahiran menceritakan perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas mendapat anak seperti azan dan Iqamat, upacara tahnik, hikmat mencukur rambut, aqiqah dan khatan. Penerangan dalam bentuk Video disediakan bagi menambahkan lagi pengetahuan pengguna.

Panduan Menamakan Anak
Panduan Menamakan Anak menerangkan beberapa panduan untuk memilih nama-nama anak, waktu-waktu yang sesuai untuk menamakan anak, nama yang diharuskan dan makruh menurut Islam.

Koleksi Nama-nama Pilihan
Koleksi nama-nama pilihan mengandungi lebih 2000 nama-nama Islam beraudio. Ia ditulis dalam 2 bahasa iaitu bahasa melayu dan arab serta mengandungi maknanya sekali. Disusun berdasarkan susunan abjad lelaki dan perempuan, kombinasi nama-nama indah indah lelaki dan perempuan, nama-nama tidak elok dan nama-nama baik di sisi Allah.

Screen Shots


ZS1.gif (78808 bytes)

Grafik permulaan CD Insan Kamil versi Zuriat Soleh dengan audio asma'al Husna

ZS2.gif (65755 bytes)

Menu Utama yang mengandungi muqaddimah dan 7 bab utama iaitu Perkahwinan dalam Islam, Adab & doa ketika berjimak , Adab dab doa semasa hamil, Adab & akhlak suami isteri, panduan menyambut kelahiran, panduan menamakan anak dan koleksi nama-nama pilihan. Butang Audio latarbelakang, bantuan dan kredit juga berada dalam halaman ini.

ZS3.gif (21900 bytes)

Surah-surah pilihan seperti surah Al-Fatihah, Surah Yasin, Surah Maryam, Surah Luqman dan Surah Yusof dengan bacaan berkaraoke

ZS4.gif (33052 bytes)

Koleksi Nama-nama pilihan yang mengandungi lebih daripada 2000 nama-nama mengikut susunan dan beraudio

ZS5.gif (61727 bytes)

Sub menu bagi memudahkan capaian ke halaman tersebut
ZS6.gif (68064 bytes) Bahagian kandungan yang mengandungi teks penerangan bergrafik, Firman Allah, dalil-dalil dan doa-doa dengan bacaan berkaraoke.
 

Ciri-ciri Utama :

Autorun - tidak perlu setup program 
Teks penerangan ringkas dengan sistem grafik 256 warna yang menarik.
Mengandungi surah-surah pilihan - Surah Al-Fatihah, Surah Yasin, Surah Maryam,Surah Yusuf dan Surah Luqman sebagai amalan harian (Berkaraoke)
Doa-doa dan hadis pilihan sebagai bimbingan dan amalan setiap muslim
Koleksi nama-nama Islam melebihi 2000 nama-nama pilihan beraudio
Video clip(AVI) majlis Aqiqah, Bercukur, Tahnik dan lain-lain bagi menambahkan lagi pemahaman.
Kualiti audio yang tinggi (22Khz)


 Keperluan Sistem :

PC 486DX2 66Khz dan keatas

Ingatan utama 32 Mb atau lebih

Pemacu CD-ROM

Kad bunyi

 
   
 
 

= :: www.iked.com.my :: =
   
update 7/01/2009
© 2001-2009 iKED SYSTEMS SDN. BHD ® All Rights Reserved
  Design by webmaster