Bahasa Melayu
Company's Info
Activities
Org. Chart
iKED involvement
iKED news
Client
 
Jawi & Arab Digital Technology
Software Engineering App.
Artificial Intelligent Software
Information Sys. Management
Mechatronic System
Education & Multimedia
Multimedia Presentation
Web Application & Portal
Computer Network System
 
e-FAMSS
e-PAUBB
Jawi Pro Ofis Ver 5.0
Jawi Pro Tutor 2.0
English Pro Skrabel 2.0
Jawi Pro Skrabel 1.0
Arabic Word Master Pro 2.0
Al-Azkar 1.0
Insan Kamil (Zuriat Soleh)
Didik II
Another Products
 
Cyberjaya




AB05 MSC Center Incubator
63000 Cyberjaya,
Selangor
Tel : 603-83138000
Fax : 603-831838017
Shah Alam





27A- Jln Tengku Ampuan
Zabedah B9/B, Seksyen 9,
40100 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 603-55101808
Fax : 603-55121808
Kota Bharu




Lot 1731, Tingkat 1, Seksyen 24,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15150 Kota Bharu.
Tel : 609-7419188
Fax : 609-7419189
  E-MAIL :
iked_systems@yahoo.com
 
Guestbook :
 
 

Write Guestbook
Read Guestbook

 
 
Guess :
 
 
Sep 2010
 

eXTReMe Tracker
= :: www.iked.com.my :: =
 
 
 

e-FAMSS ( Electronic Financial Account Systems for School )



Price:
RM2000 -RM300 per module (Single License)
RM 300 -For each added installation, the user will be charge RM300 (Site License)

Installation & Training Provided

Contact Person:
En. Mohd Nasir - 019-9239724
Pn. Normie - 016-2828142
Office - 09-7419188/89


Order Form

http://efamss.iked.com.my

e-FAMSS (Electronic Financial & Accounting Management System For Schools) atau Sistem Pengurusan Kewangan & Perakaunan Sekolah Berelektronik adalah merupakan perisian maklumat yang dihasilkan oleh iKED Sdn Bhd untuk membantu pihak pengurusan sekolah dan guru di dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah.

Sistem ini meliputi 5 modul utama dalam pengurusan dan perakaunan sekolah iaitu Kutipan Yuran Pelajar, Buku Tunai, Pembelian & Pembayaran, Daftar Bil dan Stok. Namun bagi memudahkan penggunaan sistem ini, ia telah di bahagikan kepada beberapa bahagian utama mengikut menu iaitu menu penyelenggaraan, profil, kutipan yuran, buku tunai, pembelian & pembayaran, daftar bil dan stok.

Modul bantuan mengenai penerangan adalah untuk memudahkan pengguna baru memahami program e-FAMSS dengan lebih sistematik. Modul ini akan memaparkan senarai pertanyaan berkenaan sistem dan penerangannya. Isi kandungannya mengandungi topik-topik berkenaan dengan e-FAMSS termasuklah langkah-langkah yang perlu dituruti.

Penggunaan sistem ini juga akan dapat membantu mencapai tahap kecemerlangan yang sangat efisyen dan efektif dalam pengurusan akaun sekolah.

Ciri-ciri e-FAMSS
Sistem ini merupakan rangkaian daripada topik-topik utama dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah. Ianya telah dibangunkan bertujuan untuk memudahkan lagi pengurusan kewangan di peringkat sekolah-sekolah di Malaysia.

Ianya mudah dikendalikan oleh pengurusan di sesebuah sekolah walaupun tanpa mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang komputer. Dapat menjimatkan masa dan tidak perlu lagi memerahkan tenaga dan keringat untuk menimbangkan sesuatu pengiraan yang berkaitan dengan pengurusan kewangan di peringkat sekolah.

e-FAMSS ini juga merupakan program yang boleh mengurangkan kerja-kerja yang berulang dilakukan dimana kerja-kerja kemasukan data yang dijalankan mempunyai rangkaian diantara satu topik dengan topik yang lain. Hanya data-data yang diperlukan sahaja dimasukkan untuk memperolehi hasil yang maksimum.

Sistem ini dapat menghasilkan laporan yang dikehendaki dengan cepat dan tepat. Ini akan mengurangkan kos dan masa pengurusan kewangan sekolah serta memudahkan tugas pemantauan oleh pihak pengurusan kewangan sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri.


Modul-modul e-FAMSS
Kutipan Yuran
Kutipan Yuran adalah modul yang memproses maklumat mengenai yuran pelajar. Ia memudahkan pihak pengurusan mengenal pasti pelajar yang telah atau belum menjelaskan yuran. Modul ini dilengkapkan dengan Borang Kutipan Yuran dan laporan-laporan iaitu Jadual Kedatangan Pelajar, Kutipan dan Serahan Guru dan Kutipan Harian Pejabat. Kutipan yuran melalui bank juga boleh dilakukan selepas pendaftaran No. Slip bayar masuk Bank. Melalui modul ini pemantauan akan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.

Buku Tunai
Buku Tunai berfungsi merekod urusan pembayaran dan penerimaan. Merekod merupakan satu rutin kerja yang membebankan, apatah lagi
dengan tugas penyelarasan kutipan harian dan penyediaan Baucer Bayaran. Semua urusan ini merupakan kerja yang berulang-ulang dan akan mengundang kesilapan. Namun melalui Modul ini, kerja pihak pengurusan akan menjadi lebih mudah. Kemasukkan data melalui borang-borang yang berkaitan akan dimanipulasikan oleh sistem sebagai laporan buku tunai. Pelaksanaan sistem ini akan mengurangkan beban kerja berulang, ralat dan ketenangan bekerja dapat dinikmati.

Pembelian & Pembayaran
Pembelian & Pembayaran adalah modul untuk urusniaga. Sekiranya membuat tempahan melalui Pesanan Tempatan (L.O), pihak pengurusan tidak menghadapi masalah sekiranya nombor (L.O) tidak tercatat dalam Buku Stok atau Buku Daftar Bil. Sistem telah menyimpan nombor (L.O) tersebut tanpa ralat dan capaian yang cepat. Demikian juga dengan proses pembayaran. Apabila baucer bayaran dibuat dan cek bayaran dikeluarkan, data tersebut akan terus dicatatkan dalam Buku Tunai dan Daftar Bil.

Daftar Bil
Semua yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah ini saling berhubung apabila menggunakan sistem e-FAMSS. Ini bermakna segala bil akan secara automatik didaftarkan setiap kali kemasukkan data melalui mana-mana bahagian transaksi kewangan dan perakaunan sekolah. Laporan bagi setiap transaksi dapat dicatat apabila diperlukan dan boleh dipantau dengan cekap dan berkesan pada bila-bila masa.

Stok
Aset kerajaan perlu sentiasa dijaga dan dipantau dengan penuh amanah. Kew. 312, Kew. 312A, Kew. 313, Kew. 314 dan Kew. 315 merupakan jenis stok yang perlu dipatuhi. Kadang-kala satu masa khas terpaksa digunakan untuk mengisi borang-borang stok tersebut. Tidak kurang pula ada yang terlupa untuk membuatnya sehingga terpaksa menyiapkan dengan keadaan tergesa-gesa sebelum kedatangan "Auditor" untuk menyemaknya. Ini akan menyebabkan kadar kesilapan tinggi dan akan mendapat teguran daripada audit. Masalah ini dapat diatasi melalui penggunaan sistem e-FAMSS. Semua rekod pematuhan stok ini akan disempurnakan oleh modul ini sebaik sahaja data dimasukan ketika membuat tempahan (L.O) lagi. Pihak pengursan tidak perlu risau untuk meyemak rekod stok kerana semuanya berada dalam catatan yang sempurna.

 
  Seterusnya »»
 
 

= :: www.iked.com.my :: =
   
update 28/1/2007
© 2001-2007 iKED SYSTEMS SDN. BHD ® All Rights Reserved
  Design by webmaster